Saturday 23 September 2017

Projek Pertanian Fertigasi Sekolah Menengah

Assalamualaikum....

Salam Ahad,

Harini nak citer sikit berkenaan dgn projek pertanian melalui sistem fertigasi di Sekolah Menengah.
Kerana ketaksuban kami dgn pertanian ini, telah timbul satu idea dimana kaedah fertigasi ini di laksanakan disekolah-sekolah Menengah.

Memang kalau diikutkan byk dah projek pertania diadakan di Sekolah, ada yg menggunakan sistem Fertigasi, Hidroponik ada, komersial ada. Dan setiap dr kadah ini ada byk kebaikkan dan ada juga keburukkannya. Kami memilih Sistem FERTIGASI!!!!! sbb apa? sbb itu jer kami tahu... Hahahaha bukan itu jawapannya. Penggunaan FERTIGASI kini sgt meluas sbb tempoh penuaian yg lebih singkat, malah kita sdr boleh mengawal penggunaan racun, baja malah Nutrien juga kita boleh kawal.

Back to my story, Projek Pertanian Fertigasi peringkat Sekolah Menengah betul2 memberikan kami kepuasan. Kepuasan kerana dpt mendidik pelajar2 utk menyukai pertanian, mereka akan lebih teruja apabila melihat sendiri hasil tanaman mereka dan menjual hasil tanaman ini sedikit sebanyak dapat menerapkan potensi menjadi Usahawan Tani yg berjaya.

5 sekolah telah terpilih bg menyertai Projek Pertanian Fertigasi Sekolah Menengah yg kesemuanya dr Negeri Sembilan. Tahu-tahu projek ni boleh dijadikan salah satu bentuk CSR. Dan lebih membanggakan Projek ini telah diusahakan oleh pelajar pendidikkan khas yg mempunyai masalah pembelajaran.

Biar gambar berbicara...

Kertas Kerja 






Pelajar-pelajar pendidikkan khas

Pelajar pendikkan khas sedang khusyuk

Perbincangan dgn guru sekolah

Cadangan Tapak 

Cocopeat

Kerjasama dr pelajar pendidikkan Khas


Cocopeat sampai

Separuh siap sistem fertigasi

dah nak siap


Cili Kulai 461

Tanaman Fertigasi ke2
Assalamualaikum
Bila keterujaan menanam melalui keadah Fertigasi ni, kami tanam lagi. Utk Cili Api Bara kami sempat mengusahakan pertanian fertigasi ni sehingga dua musim (kira2 setahun).
Kamikan suka mencuba.... ahaksss tp kali ini kami tanam Cili Kulai 461 pulak uollss, heee xnak kalah kami tanam byk juger ( dlm hati konon2nyer dah terror) kali ni lebih sikit dr Cili Api Bara. Kami set up utk 1400 polibag tapiiiiii ada tapi tau, heeee satu polibag kami tanam 2 pokok. Bermakna kami ada 2800 pokok Cili Kulai 461. Rasanya teknik semua sama penyakit pun lebih kurang juga. cuma pembajaan baja AB lain sikit. Kali ni kami lebih berhati2, dengan pekerja pun kami tiap2 minggu buat meeting heee mcm business juta2kan. So pengalaman dah ada sikit. Kalau dulu org tolong pasangkan sistem fertigasi tp kali ni kami sendiri yg pasang. So far senang jer pasang... Heeeee bukan saya buat yer, saya kat atas tukang amik gmbr mereka, xpun selit gmbr sendiri...
Yg menyedapkan hati kami sgt2 utk kerja memetik kami hanya menggunakan perhidmatan pekerja sdr, tp bukan petik free kami bg komisyen petik. Tuaian pertama kami dpt petik 100 kilo, itupun suku dr jumlah pokok sbb cust nak juga cili kami walaupun masih muda hijau. Kami turutkan juga, setiap minggu dpt jugalah kami supply atlest 150 kilos to the customer. Rasa seronok sbb everyweek dpt duit. Heeeee xbyk manapun tp oklah kan... kalau kerja dgn org nak duit kena tunggu hujung bulan..
Keterujaan tu masih panas lagi ni, sekarang ni Cili Kulai dah habis musim, kami sedang semai anak pokok baru dan masih lagi kepada Cili Kulai.. 

Cocopeat atau Sabut Kelapa 

Pekerja kami yg paling byk berjasa Abg Din memunggah Polybag, Polypipe 

Rehat sekejap sbb penat, pekerja lagi sorg MC lah plak


Pemasangan Silver Shine, Big boss perhatikan takut salah buat


Anak Pokok yg telah dipindah dr tapak semaian ke Polibag



Pokok dah nampak meriah

Boss peninglah tu

Sejuk mata memandang, Hijau jer

Tanaman Fertigasi Kami

Fertigasi...


Assalamualaikum!!!!
Ramai yang tanya saya untung ker buat FERTIGASI ni, xtahulah nak explain mcmana. Tp dr kajian saya ramai jer org buat Pertanian Fertigasi ni, malahan mereka mampu menjadi usahawan tani yg berjaya dan ada yg sgt berjaya..
Mukadimah harini saya nak cerita saya pun buat Tanaman Fertigasi di Batu Kikir Bahau Negeri Sembilan. saya dan suami mula dgn ingin mencuba, tp kami dahsyat sbb gila berani buat byk terus... Hahahaha ramai kata cuba sikit2 dulu, tp xtahulah mana dtg keberanian tahap gaban tu. Bermula dgn tanaman fertigasi Cili Api Bara sebanyak 1000 polybag diatas tanah seluas 3 ekar, tp utk 1000 polybags hanya memerlukan keluasan xsampai 1/2 ekar pun. Kami belajar dr kesilapan, kesilapan meracun, ,membaja pokok xcantik ada yg bantut, daun kering layu buah kecik mcm2lah silap kami.. Tp suami saya ni jenis suka buat kajian dr satu satu kajian dia buat. bertanya pada yg pakar, panggil Pegawai Pertaniah Daerah semualah kami buat. Semua Kursus lah dia sertai tp Alhamdulillah kami perlahan2 dpt mengatasi masalah tanaman kami.
First time harvest memey teruja habis, bukan sbb hasil tp keterujaan tu membuak2 sbb rasa penat lelah kami berbayar. Bila tengok buah keluar Masya Allah punyalah bangga. Tp nak mencr pemetik Cili Api, umakkk aiiii perit weyyy sbb xsemua nak petik cili, dtg pagi balik xsampai tghari. jerihnya Allah yg tahu.. Atlast kami perangkut family kami dr KL utk tolong petik cili kami.... ahaksss jgn kecam hakak ok....
Dan Alhamdulillah itu adalah cerita pertama kami sebagai petani moden. Cerita yg terjadi 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2015 Feb.



Anak Pokok Cili Api Bara yg baru dipindahan dr Tray Semaian

Comel tak anak pokok kami....

Hasil tuaian pertama dlm 70 kilo

Pekerja kami gigih membungkus utk pelanggan yg dah order

Pak Belang penjaga setia kami, sekali dia ngap....