Saturday 23 September 2017

Tanaman Fertigasi Kami

Fertigasi...


Assalamualaikum!!!!
Ramai yang tanya saya untung ker buat FERTIGASI ni, xtahulah nak explain mcmana. Tp dr kajian saya ramai jer org buat Pertanian Fertigasi ni, malahan mereka mampu menjadi usahawan tani yg berjaya dan ada yg sgt berjaya..
Mukadimah harini saya nak cerita saya pun buat Tanaman Fertigasi di Batu Kikir Bahau Negeri Sembilan. saya dan suami mula dgn ingin mencuba, tp kami dahsyat sbb gila berani buat byk terus... Hahahaha ramai kata cuba sikit2 dulu, tp xtahulah mana dtg keberanian tahap gaban tu. Bermula dgn tanaman fertigasi Cili Api Bara sebanyak 1000 polybag diatas tanah seluas 3 ekar, tp utk 1000 polybags hanya memerlukan keluasan xsampai 1/2 ekar pun. Kami belajar dr kesilapan, kesilapan meracun, ,membaja pokok xcantik ada yg bantut, daun kering layu buah kecik mcm2lah silap kami.. Tp suami saya ni jenis suka buat kajian dr satu satu kajian dia buat. bertanya pada yg pakar, panggil Pegawai Pertaniah Daerah semualah kami buat. Semua Kursus lah dia sertai tp Alhamdulillah kami perlahan2 dpt mengatasi masalah tanaman kami.
First time harvest memey teruja habis, bukan sbb hasil tp keterujaan tu membuak2 sbb rasa penat lelah kami berbayar. Bila tengok buah keluar Masya Allah punyalah bangga. Tp nak mencr pemetik Cili Api, umakkk aiiii perit weyyy sbb xsemua nak petik cili, dtg pagi balik xsampai tghari. jerihnya Allah yg tahu.. Atlast kami perangkut family kami dr KL utk tolong petik cili kami.... ahaksss jgn kecam hakak ok....
Dan Alhamdulillah itu adalah cerita pertama kami sebagai petani moden. Cerita yg terjadi 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2015 Feb.



Anak Pokok Cili Api Bara yg baru dipindahan dr Tray Semaian

Comel tak anak pokok kami....

Hasil tuaian pertama dlm 70 kilo

Pekerja kami gigih membungkus utk pelanggan yg dah order

Pak Belang penjaga setia kami, sekali dia ngap....


5 comments:

  1. Bagaiman jika kami nak mula kecil2 dikawasan rumah. Berapa modal untuk 100 polybag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak boleh watsap saya di 011 11810013

      Delete
  2. Kami ada halaman di sekeliling rumah. Kami anak felda di palong. Saya berminat nak buat tanam cili fertigasi tapi tak tahu nak cuba macam mana. Kami nak mula sedikit dahulu kerana modal kecil.

    ReplyDelete
  3. Atau di mana? Tempat kami boleh belajar? Saya sangat memerlukan pengetahuan ini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dengan cerita2 dari blog nie. Sangat menarik dan membantu menambah semangat saya untuk mencuba.

    ReplyDelete